? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, February 2

LiF RoSaK...aDuSss..!

cerita sedih bila lif rosak...
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi.

Si A: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?

Si B: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?

Si C: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.

Si A: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak, kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Si A mula bercerita.

Si A: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...

Punyalah sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh-leleh air mata, sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita.

Si B: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang... bla bla bla bla...

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si B bercerita, sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat saja lagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, si C mula menyampuk.

Si C: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.

Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Si C: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...

Si B: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.

Si C: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....

ingat terlajak kereta bleh undur..terlajak nek tngga penat ooooo.........

Tuesday, December 15

::DIALOGUE BETWEEN A MOTHER AND HER CHILD IN HER WOMB…::

Mom : Assalamualaikum my dear. How are you today?

Baby : Waalaikumussalam my dear mom. I'm feeling good today mom. Butthere are something growing out from my body!!! (his arms & legs)what are these mom? I don't like it. It keeps getting in my way. I can't move as freely as I used to be before!

Mom : Owh that are your hands and your legs my darling. Alhamdulillah, you are growing as you should.

Baby : Can you make it go away mom? I don't need these hands and legs. They are of no use to me now.

Mom : You must not say that! Be grateful dear. You will need them when you are born. You will need it to walk on this earth. To be Allah's servant. You will be in such a great loss if you don't have them in the future.

End of conversation...The baby doesn't know the difficulties that he is going to face on the earth if he doesn't have any hands or legs. Because he never used it in the womb. For him, his world is his mom's womb.Can you see how similar we are and the baby?
We have never ever encounter the life after death. We only know the world as the earth that we are living now. Just like an innocence baby.
Our amal ma'ruf as our arms and legs in akhirah. We can live without them in this world right? But what about in akhirah? Can we leave without them? And we have been given so many reminders and guidances from Allah through His messenger and The Book, Quran. Who else can we trust if not our GOD, Allah? Think bout it ^_^

two angels assigned to record our deeds,
whilst some take care of our needs
like bringing us sunshine and also the rain
like protecting us from harm and also from pain
there is another creation-it is called man
they lived on earth for very short span
after time expired they shall return
and through their deeds paradise are earned
on the last day souls will be raised
and we will face ALLAH-the most praised
standing before ALLAH,what face we will show?
When the truth of our actions will freely flow…..

..(Sesungguhnya Janji Allah itu benar,Mati itu benar,Syurga-neraka itu benar..Dan..Azab Kubur itu jga benar..)

salamunalaik...
ana da ksah yg nk dikongsi kan... sy forward blk dr email..
baca dan hayati......

Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat."Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.[Kubur] "Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala."Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya."Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.


Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal simati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...


Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.Eee... seramnya. Macam mana agak-nya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal azim...Saya masih lagi duduk melangut di pinggir kubur Abang Hamid.


Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.Pergi... pergi sekarang! Johar, masa inilah kalau nak cuba. Kawan-kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.Cepat, cepat, cepat! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi?' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati...Jadi bisu? Sakit, lepas tu mereng sampai mati? Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan..


Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,lailahaillallah, lailahaillallah...Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.


Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.[Kubur] Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menycberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.



Lailahaillallah..Lailahaillallah..Lailahaillallah..Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan."Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini?" saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku.Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK! ! !

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.AARRKKK....

UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba...

PPPR-RRAAPPPPP!!!...

bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah!Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang maha dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga.Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH"

Jangan pukul aku lagiiiii!!!", saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.[Kubur] "Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!", saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran.

Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening."Johar... Johar!!", sayup-sayup nama saya dipanggil.Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata."Johar... bangun, bangun!", nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri."Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk. Aku ambil air. Aku simbahlah", kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.Saya hanya tersenyum tawar.


Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati.

Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya.

Sesungguhnya janji ALLAH itu benar...MATI itu benar...SYURGA - NERAKA itu benar....dan..Azab kubur ...itu juga benarrrr.....Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita....AMIN YA RABBAL A'LAMIN..

Renung Dan Fikir2kan lah..

Sunday, November 8

LaWaK..???

Kalau anda pikir anda masih islam bacalah...kalau tidak......Allah saja yang tahu...
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....
Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas selain terhibur? anda fikirlahlah..."
Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "
Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."
Lawak, ada juga yang agamanya Cuma seminggu sahaja..tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...
Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia .
Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.
Lawak kan ??? Kenapa gelak tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk
luangkan masa membaca? berapa banyak????
wallahuaallam

~..baCe nie..~

mesej yg ana dapat...ana foward blk..

Hal ini berlaku di KL baru2 ni.. Saya dapat tahu dari kakak ipar saya cara baru orang
memperdaya perempuan untuk dirogol. Kawan dia sendiri yang telah menjadi mangsa. Kawan
dia keluar ofis agak lewat iaitu agak2 dekat malam juga. Dia terserempak dengan seorang
kanak2 menangis di tepi jalan. Kerana kesian, dia hampiri dan bertanya budak tu kenapa dia
sorang2 petang2 begini. Budak tu kata yang dia dah sesat dan minta dihantar balik ke
rumahnya. Budak tu kemudiannya menunjukkannya sekeping kertas yang tertulis alamat
rumahnya. Perempuan ni kira berhati mulia, tanpa mengesyaki apa2 terus bawa budak tu ke
alamat berkenaan. Setibanya di rumah itu, dia pun menekan loceng pintu.. Sejurus kemudian dia
pengsan lantaran loceng berkenaan disambungkan dengan wayar berkuasa tinggi.


> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > Hari
berikutnya apabila dia tersedar, dia berada di sebuah rumah kosong di kawasan berbukit, dalam
keadaan telanjang. Kondom ada di merata2 dengan air mani berhamburan. Tak kurang 20
kondom semuanya. Dia langsung tak mengenali penyerangnya. Begitulah jenayah akhir2 ini
mensasarkan mangsanya. Jika terserempak dengan keadaan sebegini, jangan sesekali turuti
kemahuan kanak2 itu, sebaliknya hantar je dia ke balai polis yang berdekatan.


> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > P/S:
Hantarlah kepada rakan2 anda yang wanita supaya mereka berhati2 & hantar pada rakan2 anda
yang lelaki supaya mereka boleh memperingatkan adek2, kakak2 & ibu mereka. Selamatkan
mereka dari menjadi mangsa syaitan yang bertopengkan manusia. Jangan biar naluri
keperihatinan mereka mendatangkan bahaya pada mereka sendiri.

~..LaMa MeNgHiLanG..~

assalamualaikum dan salam sejahtera...:)
usang gler blog nie...lma ana tak msuk kan n3 yg baru...
hurm...pe plak kali nie ye...nk cte psal raya aidilfitri pun dah basi agak nya..hehe
mau tak nye, dah nk raya aji dah...
gambar je la yg dpt ana tnjukkan...






taklimat dr abg sulong...hehe..bncang nk pi umh spa dlu..




meh2..! bratur amik duit raya..:)

alamak...! gergasi kat bukit...!!

gmbar bukit n gua kat umah m.cik...

huhu...msa raya gak la, tok ana sakit...

doakan tok ana cpat smbuh ya...amin..




orang baru di hari raya...wee..~



lastly, kluarga besar hj. Maktar

hurm..rsa2 nya tue ja la yg dpt ana kongsikan...klu nk di ikutkan bnyak lg..tp nt blog nie jd koleksi gmbar plak..hehe..skurang2 nya ada gak n3 kli nie..k, wassalam:)


Thursday, September 17

~ maLaM peRtaMa ~

Sejenak kita renungkan peristiwa di malam pertama... Bukan malam penuh nikmat duniawi... Bukan malam pertama di peraduan Adam Dan Hawa. Tetapi malam pertama kita di alam kubur...

Saat yang menyaksikan isak tangis sanak saudara. Hari itu... mempelai sangat dimanjakan. Mandipun... harus dimandikan. Diangkat harus perlahan penuh hati2 penuh sayang...

Seluruh badan kita terbuka.. Tak ada sehelai benang pun menutupinya. Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan. Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan. Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih... Itulah sosok kita... Itulah jasad kita waktu itu.

Setelah dimandikan, kitapun dipakaikan gaun / jubah cantik berwarna putih. Pakaian itu... jarang orang memakainya.. Karena sangat terkenal bernama "Kafan". Wangian ditaburkan kebaju kita.. Bahagian kepala.., badan.., dan kaki diikat. Tataplah... tataplah.. itulah sosok pengantin di malam pertama...

Keranda pelaminan langsung disiapkan. Pengantin bersanding sendirian... diarak keliling kampung diiringi tetangga menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul kita dengan langkah longlai seluruh keluarga teman dan saudara...

Serta rasa haru para handai taulan. Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahat..Saksi-saksinya nisan-nisan. yang telah tiba duluan... Mas kahwinnya? Amal...

Siraman air mawar.. renjisan akhir penuh syahdu dan kesedihan... tibalah masa pengantin menunggu dan ditinggal sendirian berbekal amal dalam kehidupan... Melalui malam pertama yang indah atau meresahkan..

Ditemani rayap-rayap dan cacing tanahdi kamar yang juga bertilamkan tanah.. Gelap... Sepi... Sunyi... ngeri... Dan ketika 7 langkah terakhir telah pergi... Datanglah Sang Malaikat...

Kita tak tahu apakah pengantin akan memperoleh Nikmat... Ataukah akan memperoleh Siksa... Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu...

Wednesday, September 16

~ tips2 urutan ~


Friday, September 11

# peRaNcaNgaN #

...assalamualaikum...
usang jer tgk blog nie..tuan umah pown rsa boring apatah lagi shabat2 kan..hm..buat masa skrag nie ana xtaw nak publish apa..bnyak presantation n assignment yang kena buat...mid term lagi...
skarg kat kampung..baru balik semalam, smpai kul 4.30 pagi tadi...nak raya pown xmacam raya coz paz cuti nie exam plak..
14 hb nie ingat nak pi alor setar..wat iftar kecil-kecilan ngan sahabat2 yg nak berangkat ke Mesir...
24hb plak ada ijtima' hari raya student2 MMAS n malam tue gak sahabat2 ana nk berangkat ke Mesir...ana ingat nak pi n antar diorang kat airport..smua tue masih dalam perancangan..harap2 menjadi...